Friday, July 31, 2009

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT


PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

ANJURAN

PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

SMK PADANG SERAI


Tarikh : 11 April 2009

Hari : Sabtu

Tempat : Sekitar Blok A, Blok B dan Blok C

SMK Padang Serai

Penyertaan : Pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2

Program Khidmat Masyarakat merupakan komponen amali dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Program ini memerlukan penglibatan pelajar secara berkumpulan dalam aktiviti di sekolah dan dalam kelompok masyarakat.


Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan SMK Padang Serai telah merangka program ini dengan melibatkan semua pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 secara berkumpulan untuk menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah, mengadakan aktiviti keceriaan seperti mengecat tiang kaki lima dan membersihkan kolam ikan.

ATURCARA PROGRAM

7.30 pagi - Perhimpunan

7.50 pagi - Pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 berkumpul untuk taklimat

8.10 pagi - Ucapan aluan Pengetua

8.20 pagi - Taklimat Program Gotong-Royong

- Pengagihan kumpulan kerja

- Pengagihan peralatan

9.00 pagi - Aktiviti gotong-royong bermula

12.00 tengah hari - Pemulangan peralatan

12.30 tengah hari - Rehat

- Agihan makanan dan minuman

1.00 petang - Bersurai