Monday, July 20, 2009

KEJOHANAN MERENTAS DESA

Kejohanan merentas desa diadakan pada 17 Jan 2009. Ia bermula di pusat koko dan tamat di pusat koko. Ini adalah kerana padang sekolah tidak boleh digunakan kerana kerja-kerja pembinaan bangunan baru 3 tingkat. Kejohanan bermula pada pukul 8.30 pagi setelah selesai "warming up". Sesi "warming up" dilakukan oleh Encik Gurmit Singh. Sebelum kejohanan bermula satu taklimat dijalankan oleh Pk Koko iaitu Encik Abdul Jalil. Kejohanan dilepaskan oleh Encik Md Hassan selaku Yang Dipertua PIBG sekolah.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh YDP PIBG Encik Md Hassan dan Tuan Pengetua Tuan Haji Mohd Nor Bin Othman.

Majlis Kejohanan Merentas Desa selesai pada jam 12.30 petang.