Sunday, November 22, 2009

PEMBINAAN SURAU BARU

PEMBINAAN SURAU BARU SEHINGGA 20 NOVEMBER 2009

















Friday, November 20, 2009

PROFIL SEKOLAH


PROFIL SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Serai terletak 2 km dari pekan Padang Serai dan 22 km dari bandar Kulim serta 25 km dari bandar Sungai Petani. Sekolah ini ditubuhkan pada 10 Januari 1965 dengan menumpang di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Shang Cheng, Padang Serai dengan 7 kelas ( 4 kelas Peralihan Bahasa Inggeris, 1 kelas Peralihan Bahasa Melayu dan 2 kelas Tingkatan 1). Jumlah guru pada masa itu sebanyak 14 orang iaitu pengetua, dua guru terlatih dan sebelas guru RTC.

Pada 11 Mac 1968, SMKPS telah berpindah ke bangunan baru yang terletak di kawasan Ladang Victoria. Pada permulaannya hanya terdapat dua buah blok sahaja dan keluasan tanahnya 15 ekar. Pada 7 Jun 1971, sekolah ini telah dirasmikan oleh YMM Tuanku Bendahara, YMM Tunku Abdul Malek Ibni Almarhum Sultan Badlishah, pemangku Sultan Kedah pada masa itu. Kelas Sains mula diadakan pada tahun 1980 dan kelas Tingkatan 6 Rendah pula diwujudkan pada tahun 1987, manakala kelas aliran agama Islam pula mula beroperasi pada tahun 1999 tetapi kelas ini telah dibubarkan mulai tahun 2007. Kepimpinan pengetua di sekolah ini dimulakan oleh En. G. Rajoo (1965-1972), Tn. Hj. Syed Ahmad b. Syed Yassin (1972-1977), Tn. Hj. Mansor b. Hj. Abd. Rahman (1977-1979), Tn. Hj. Abd. Halim b. Hj. Othman (1980-1982), En. Hamdan b. Muhd. Salleh (1983-1984), Tn. Hj. Ahmad Mukhtar b. Hj. Abdullah (1984-1992), Tn. Hj. Haris Fadzilah b. Mustafa (1992-1999), Pn. Hjh Rohani bt Said (2000-2005) dan Tn Hj. Mohd. Nor b. Othman (2005 – kini).

Jumlah pelajar sekolah ini ialah 974 orang dan stafnya terdiri daripada 74 orang iaitu 64 orang guru dan 10 orang kakitangan sekolah. Pelajar-pelajar SMKPS terdiri daripada kaum Melayu (35%), India (33%), Cina (30%) dan Siam ( 2%) .

Kini sudah 43 tahun usia SMKPS dan telah mengalami banyak perubahan sama ada dari segi fizikal mahupun persekitarannya. Asalnya hanya terdapat dua buah blok sahaja tetapi kini terdapat tujuh buah blok dan sebuah makmal komputer. Pada tahun 2008, pembinaan sebuah blok tambahan sedang dalam pembinaan.

Kejayaan SMKPS pada hari ini adalah hasil dan usaha semua kakitangan dan pelajar serta masyarakat sekeliling yang membantu memantapkan institusi SMKPS ke arah kecemerlangan.

Tuesday, November 17, 2009

MAJLIS SILATULRAHIM DI EMERALD PUTERI HOTEL

MAJLIS SILLATURRAHIM SEMPAS 2009

Majlis ini di adakan di Hotel Emerald Puteri, Sungai Petani pada 15 November 2009. Majlis bermula pada jam 2.45 petang dan tamat pada pukul 6.00 petang. Di antara aturcara majlis ialah dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Johan Bin Abu kemudian diikuti oleh ucapan guru yang bertukar iaitu Puan Aniza bt. Che Omar dan seterusnya ucapan oleh Tuan Pengetua. Selepas itu penyampaian cenderamata oleh Tuan Pengetua kepada Puan Aniza.

Kemudian jamuan makan pun bermula. Pelbagai juadah Hi-tea dihidangkan diantaranya nasi goreng, bihun goreng, ayam goreng bermadu, nugget goreng, laksa, ais kacang, tea tarik, pelbagai jenis kueh mueh dan pembasuh mulut tak lupa juga rojak.

Setelah kekenyangan majlis cabutan bertuah dijalankan. Ramai para hadirin yang hadir ternanti-nanti nombor mereka diumumkan. Yang bertuah mendapat hadiah diucapkan tahniah. Tetapi hadiah utama dicabut bernombor 49 yang dimiliki oleh Tuan Haji Johan. Tahniah diucapkan.




































Sunday, November 15, 2009

KURSUS DALAMAN KAJIAN TINDAKAN

KAJIAN TINDAKAN

Disampaikan oleh Dr. Kim Teng Siang
dari IPG Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada guru-guru dalam membuat kajian tindakan.

Kajian tindakan dijalankan untuk menyelesaikan masalah bagi memperbaiki setiap masalah pembelajaran yang dihadapi.