Tuesday, July 21, 2009

KEJOHANAN OLAHRAGA KE 41 2009



















Pada 4-5 Februari yang lalu, SMK Padang Serai telah mengadakan acara Kejohanan Olahraganya bagi kali yang ke 41. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG SMK Padang Serai iaitu Encik Md Hassan bin Ahmad. Sebanyak lapan acara telah dipertandingkan termasuklah acara balapan. Walaubagaimanapun acara balapan hanya dapat dijalankan bagi acara 100 meter sahaja disebabkan kekangan pembinaan bangunan sekolah yang baru. Sungguhpun begitu Kejohanan Olahraga telah dapat dijalankan dengan jayanya.

Pada acara tersebut, Rumah Putra telah berjaya muncul sebagai johan bagi rumah sukan. Bagi acara tarik tali dan acara perbarisan rumah sukan telah dimenangi oleh Rumah Waja manakala johan bagi perbarisan Unit Beruniform pula dimenangi oleh Kadet Remaja Sekolah.


Olahragawan terbaik bagi kelas satu dimenangi oleh Mohd. Nazrin bin Azmi manakala bagi kelas dua pula disandang oleh Livenesh a/l Chandran. Olahragawati terbaik bagi kelas satu ialah Ng Chai Suan manakala kelas dua dimenangi oleh Nur Aififah bt Ali Musa.